Friday 5 December 2014

Profil Usahawan “From Zero-To-Hero” - oleh Wan Noorjipah Binti Wan Najib

Profil Usahawan “From Zero-To-Hero”

TAN SRI DATo’ LOH BOON SIEW
 

PENERANGAN TENTANG PRODUK

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew ialah nama seorang individu yang bertanggungjawab mambawa masuk motorsikal dari model Honda Boon Siew ke Malaysia.Mendiang Tan Sri Loh Boon Siew adalah seorang usahawan yang bijak dan telah Berjaya mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motorsikal. Beliau menyedari bahawa kelebihan motorsikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motorsikal yang dikeluarkan di Eropah.
Pengeluar motosikal Honda ialah syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia adalah hasil usaha sama perniagaan yang dimeterai antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas Honda, Soichiro.
            

   

   
BAGAIMANA PERNIAGAANNYA MENDAPAT KEJAYAAN?
Sehingga ke hari ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd memasang motorsikal Honda sementara Boon Siew mengedarkannya. Pada pendapat Tan Sri Loh Boon Siew, motorsikal Honda adalah yang paling sesuai dengan masyarakat Malaysia. Berdasarkan andaian tersebut, beliau telah berusaha dan berjaya dalam memperoleh lessen sebagai pengedar tunggal motorsikal Honda, beliau telah menikmati kekayaan melalui perniagaan yang telah dicipta olehnya.
Berbanding dengan jenama motosikal lain seperti Yamaha, Kawasaki atau pun motosikal dari negara Barat seperti Lambretta dan Vespa, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia


         Daripada kampung sehinggalah kepada bandar besar, daripada budak belasan tahun sehingga kepada yang tua bongkok tiga pun motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun



CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENGURUS SYARIKAT
Setiap perniagaan yang dimulakan mesti ada cabarannya dan rintangannya sendiri. Begitu juga perniagaan yang dijalankan oleh Tan Sri Loh Boon Siew sendiri. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa diharungi oleh Tan Sri Loh Boon Siew sebelum mencipta kejayaan gemilang dalam bidang yang diceburinya.
Datuk Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik.

Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China. Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian.

Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.

Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang Berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekaligus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya diPulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Sehingga hari ini, nama Tan Sri masih lagi standing dengan ahli korporat ternama yang lain walaupun telah meninggal dunia pada tahun 1995. Sehingga kinilegasi Tan Sri masih kuat di Malaysia selagi motorsikal jenama hondaberada di atas jalanraya di Malaysia.


STRATEGI PERNIAGAAN BELIAU
Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah pengurus atasan. Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Syarikat Boon Siew Sdn Bhd. Beliau juga yang menubuhkan syarikat beliau sendiri dari hasil titik peluhnya. Sebagai pengeluar motosikal Honda, beliau juga perlu memilih saluran komunikasi yang paling berkesan untuk memasarkan rekaan-rekaan terbarunya.
Tan Sri Loh Boon Siew merupakan seorang usahawan yang Berjaya dan bijak mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal.Beliau menyedari kelebihan motorsikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motorsikal yang dikeluarkan di Eropah. Boon Siew Honda Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Malaysia yang dilesenkan untuk memasang, mengedar dan menjual model-model motosikal Honda di Malaysia. Pada tahun 1958, Boon Siew melihat populariti motosikal Honda Cub Super yang mana, pada waktu tersebut hanya diperkenalkan di Jepun dan beliau percaya, pasaran ini boleh mendapat sambutan di Malaysia. Pameran Honda Malaysia yang pertama telah ditubuhkan di Pitt Street di Pulau Pinang. Di atas rasa kepercayaan oleh pihak Honda Jepun, Honda Motor Co Ltd telah melantik Boon Siew sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia dan pada waktu tersebut, 50 unit motosikal Honda telah diimport ke Malaysia. Sebuah kilang telah dibina di Pulau Pinang untuk memasang Honda Cub dan motosikal Honda yang dipasang di Malaysia telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda.
Selain daripada itu, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah mencipta pelbagai produk baru dan menambah produk yang sedia ada kepada yang lebih inovatif dan produktif kesan daripada perkembangan teknologi iaitu lebih banyak penggunaan alatan yang lebih canggih seperti mesin berbanding sebelumnya. Antaranya produk motosikal Honda model Wave yang dilihat telah diperbaharui daripada model Wave Dash kepada Wash Dash SE, Wave 110 dan Wave 100.
Menyedari persekitaran ekonomi juga mempengaruhi kuasa beli pengguna dan corak perbelanjaan, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna kerana sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran. Contohnya, syarikat Honda Jepun iaitu Honda Motor Co Ltd melihat Malaysia adalah sebuah negara yang akan berkembang dan mempunyai pasaran yang besar. Oleh itu, Honda telah melantik Boon Siew Honda Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia


PENCAPAIAN KEJAYAAN BELIAU
·         Memainkan peranan dalam penggabungan dua syarikat suratkhabar Poh Kwong Wah Yit dan The Star (Malaysia) pada tahun 1974.
·         Menubuhkan Hospital Lam Wah Ee dan Rumah Orang-orang Tua (Penang Old Folks Home)
·         Menubuhkan Syarikat bas awam di Pulau Pinang yang dikenali sebagai ‘Yellow Bus Company’.

KUNCI UTAMA KEJAYAAN LOH BOON SIEW
Kunci utama kejayaan Tan Sri Loh Boon Siew ialah komitmennya yang tinggi terhadap idea dan pelaburan bagi menentukan kejayaan perniagaan yang telah diceburi dan mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaannya. Selain daripada itu Tan Sri Loh Boon Siew juga merupakan seorang usahawan yang bijak mencari peluang . Di dalam mencari peluang perniagaan baru, beliau melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Sebagai contoh Tan Sri Loh Boon Siew telah Berjaya menambat hati pengguna jalanraya Malaysia dengan memperkenalkan siri Honda Cub yang sehingga kini masih banyak digunakan di atas jalanraya.

Rujukan:



https://cangkulhijau.wordpress.com/tag/sejarah-honda/

http://boonsiewhonda.com.my/english/history.html