TAN SRI DATO SERI LIM GOH TONG
(28 FEBRUARY 1918 – 23 OCTOBER 2007)
Sejarah
Perniagaan menuntut sepenuh perhatian, tenaga, masa dan pengorbanan
yang seluruh kerana perniagaan merupakan bidang yang sangat serius. Jika kita
berani mengambil risiko, perniagaan kita akan terus maju. Jika tidak, angan angan
hangat tahi ayam ini akan berhenti dipertengahan jalan dan maruah diri sendiri
yang terpaksa digadai. Perniagaan boleh diibaratkan sebagai maruah seseorang kerana
tiada seorang pun yang mahu hidupnya gagal dan diperlekehkan pihak lain. Orang
yang bijak dalam perniagaan mampu merasai kehidupan yang sebenar dengan
memiliki semua keinginan dan impian. Seperti memiliki banglo seperti istana,
memandu kereta mewah, mempunyai kewangan yang stabil, bercuti di serata pelusuk
dunia dengan pelbagai kemudahan lain. Menjurus kepada topik asal, perniagaan
dengan Orang Cina adalah sangat sebati dan sukar untuk dipisahkan. Boleh
dikatakan bahawa rahsia kejayaan Orang Cina adalah melalui perniagaan.
Disebabkan hal itu, ramai golongan jutawan Malaysia terdiri
daripada golongan Orang Cina. Golongan ini mampu hidup mewah hasil daripada
peluang perniagaan yang diceburi mereka. Lebih jelas lagi jika kita katakan
bahawa sebarang jenis perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh golongan ini.
Sejak awal penubuhan Tanah Melayu, golongan
ini yang datang berhijrah dari China telah memegang tampuk pentadbiran dalam
urus niaga terutamanya perusahaan lombong.
Senarai terbaru kedudukan jutawan Malaysia menurut Malaysian
Business 2011, kedudukan tempat pertama ialah Raja Gula Malaysia, iaitu Tan Sri
Robert Kouk. Beliau merupakan seorang Cina yang memegang aset bernilai RM50.04
billion. Perniagaan gula yang diusahakannya telah meletakkan statusnya pada
tahap tertinggi hari ini. Tempat kedua disusuli oleh seorang taikun komunikasi,
T Anand Krishnan dengan aset bernilai RM 45.78 billion. Tangga ketiga juga
dikuasai oleh Orang Cina iaitu Pengerusi
Public Bank, Tan Sri The Hong Piow dengan aset bernilai RM12.77 billion. Tangga
keempat sehingga tangga keenam turut dimonopoli golongan Cina dan tangga
ketujuh adalah. Orang Melayu iaitu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary daripada
Yayasan AlBukhary dengan aset bernilai RM8.84 billion. Golongan ini mempunyai
cara yang tersendiri untuk terus maju dan meluaskan lagi empayar perniagaan
mereka.
Contoh yang paling rapat dengan kita adalah pembukaan pusat
pelancongan terbesar iaitu Genting Highlands Resort. Kedatangan beliau sebagai
seorang yang sangat miskin menyebabkan beliau berusaha lebih keras untuk
membaiki taraf hidup. Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia, Tan Sri
Lim Goh Tong pernah mendedahkan beberapa tips yang diamalkannya sendiri
sehingga Berjaya menjadikan Genting Highlands Resort sebagai pusat hiburan dan
percutian terkemuka dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dan
menjadikannya sebagai inspirasi untuk terus maju dalam perniagaan. Mendiang Tan
Sri merupakan pengasas Genting Group dan presiden seumur hidup. Beliau
meninggal dunia pada tahun 2007 sebagai orang terkaya Asia Tenggara dengan aset
bernilai RM 421.8 billion!
Merendah Diri,
Bersopan Santun dan Menghormati Orang Lain
Perasaan rendah diri dan tidak bongkak dengan kemewahan yang
dimiliki akan menjadikan diri seseorang lebih berwaspada dengan usaha yang
dilakukan. Serta tidak pernah lalai dengan wang yang banyak. Jadi, wang yang dikumpul
sentiasa menjanjikan pulangan modal yang dapat digunakan pada masa depan dan
wang itu juga boleh mula disimpan. Amalan merendah diri akan membuatkan ramai orang
yang suka berdamping dan suka berkawan dengan kita. Walaupun kita sudah menjadi
antara usahawan yang terkenal, nilai untuk menghormati orang lain jangan
dilupa. Kerana nilai ini menggambarkan
sikap secara keseluruhannya. Selain itu, Tan Sri juga mengamalkan sikap dengan
menepati masa yang telah dibuat. Beliau juga akan hadir 10 minit lebih awal
dari masa yang telah dijanjikan. Beliau sendiri tidak pernah memungkiri janji yang
telah dibuat. Kerana perkara seperti ini akan menjejaskan hubungan yang telah
dibina. Seboleh-bolehnya, jauhi kelakuan ini untuk menjamin hubungan yang baik.
Tan Sri juga mengamalkan amalan bangun tidur awal dan kembali ke bilik tidur
lambat. Jika mahu berjaya dalam perniagaan, mari kita cuba tips beliau.
Berkerja Keras
& Sedaya Upaya
Orang Cina sentiasa positif dalam dunia perniagaan. Kerana,
dunia perniagaan menjanjikan peluang untuk menikmati kehidupan yang sangat
manis. Untuk menjadi senang kita tidak mempunyai pilihan selain bekerja kuat atas
usaha diri sendiri. Mengikut perkiraan Orang Cina, apabila mereka hidup dalam
kemewahan, secara sendirinya kebahagiaan itu akan hadir. Pemikiran Orang Cina
dengan bangsa lain adalah sangat berbeza. Orang Melayu contohnya hanya berharap
untuk berkhidmat dalam kerajaan selepas menamatkan pengajian di universiti. Hal
ini membuatkan mereka tidak berfikir di luar kotak untuk mencuba sesuatu yang
baru atau cuba untuk membaiki taraf hidup yang lebih selesa. Pemikiran lama ini
sering sahaja menghantui hidup bangsa Melayu dan membuatkan golongan ini gagal
untuk berada pada kedudukan yang selesa setaraf juwatan Malaysia. Rata-rata
usahawan Cina yang berjaya bekerja 18 jam sehari. Mereka hanya ada masa yang
terhad untuk merehatkan diri. Sebab itulah mereka menghargai masa sebaiknya.
Jika kaum lain, cukuplah apabila keluar bekerja pukul 8 pagi dan pulang dari
tempat kerja pada pukul 5 petang. Hanya tunggu hujung bulan apabila gaji boleh
dikeluarkan. Golongan ini juga sentiasa bersikap tamak dan tidak pernah berpuas
hati dengan keselesaan yang sedia dinikmati. Mereka tidak pernah jemu untuk
menjadi kaya. Sikap ini menjadi pembakar semangat mereka untuk berusaha dengan
lebih gigih. Jika hendak dibandingkan dengan kaum lain seperti Melayu sendiri,
mereka akan cepat merasa puas dan selesa dengan apa yang mereka miliki. Mereka
kurang berminat untuk memperbaiki hidup yang selesa untuk menjadi lebih selesa
lagi. Itulah kelemahan kaum Melayu. Mungkin mereka baik dalam bidang lain,
bukan dalam bidang pernigaan. Rata-rata kaum lain tidak berminat untuk
menambahkan masalah sakit kepala apabila beban dan tanggungjawab kerja semakin
bertambah. Bagi kaum lain, orang tamak selalu rugi, tetapi tidak bagi Orang
Cina. Semakin tamak, semakin baik. Orang
kaya akan semakin kaya, dan orang yang malas akan terus susah. Orang Cina bersikap
tamak untuk mengumpul aset yang dimiliki dan untuk kesenangan generasi mereka.
Mungkin juga mereka dipengaruhi oleh faktor yang telah diketahui ramai bahawa Orang
Cina sangat bijak dalam selok-belok perniagaan. Disebabkan hal inilah menjadi
faktor pendorong untuk menjadikan mereka terus kaya. Bimbang jika air muka mereka
jatuh.
Amalan Menyimpan
Wang
Tan Sri mengamalkan sikap dengan menyimpan wang yang diperolehi
bukan untuk dibelanjakan tetapi untuk dibuat pusingan modal dan pelaburan yang
akan datang. Jika tidak, hanya sekali sahaja kita akan untung, selepas itu hanya
kerugian sahaja yang diterima. Adat berniaga pasti ada untung rugi. Tetapi jika
hanya rugi, tandanya perniagaan itu sudah tidak mampu bertahan lama. Wang modal
perniagaan dengan wang perbelanjaan harian mesti disimpan secara berasingan.
Hal ini bagi mengelakkan masalah pengeluaran perbelanjaan untuk keperluan yang tidak
sepatutnya. Apabila melihat wang yang banyak, tanpa berfikir panjang pasti kita
akan menggunakan wang itu tanpa menyedari itu adalah wang untuk pusingan dan pelaburan
yang seterusnya. Manusia sememangnya mudah alpa, nampak sahaja kemudahan yang
ada, mulalah lupa dunia. Wang yang sepatutnya disimpan silap-silap habis dibelanjakan
pula. Apabila perniagaan semakin maju, modal juga semakin besar. Apabila
mempunyai wang yang besar untuk dilaburkan maka keuntungan juga semakin tinggi.
Mempunyai kedudukan yang kukuh dalam perniagaan adalah harapan bagi semua
peniaga dan usahawan yang berjaya. Dalam kata yang paling mudah, modal besar
untung juga pasti besar.
Bermula dari Bawah
Beliau bekerja dari peringkat yang paling bawah. Beliau bekerja
sebagai tukang kayu sebelum membuka syarikat pembinaan Kien Huat dan bergelar
kontraktor kelas A. Tan Sri sendiri merupakan seorang budak miskin semasa mula berhijrah
ke Tanah Melayu. Kemudian, usaha gigih beliau membuahkan hasil yang lumayan.
Pelbagai pekerjaan yang dilakukan sebelum bergelar jutawan. Orang Cina berharap
untuk menjadi terkenal sejak awal pembabitan dalam dunia perniagaan. Harapan
adalah satu, tidak mahu kaum dan keturunan
mereka terus susah. Beliau sendiri pernah dikatakan gila apabila mengatakan
hasrat untuk membagunkan Gunung Ulu Kali. Lihat, sekarang impian itu telah
menjadi kenyataan. Gunung Ulu Kali telah bertukar menjadi Genting Highlands.
Setiap titik peluh yang mengalir telah memberikan kita keselesaan sehingga dikenali
seluruh dunia. Secara tidak langsung, penubuhan Genting Highlands juga telah
memberikan peluang pekerjaan kepada semua kaum.
Tidak Bermain
Kotor dalam Perniagaan
Berikutnya, beliau sentiasa berpesan agar tidak bermain kotor
dalam perniagaan. Jangan mengambil jalan pintas jika mahu perniagaan yang
diusahakan bertahan lama sehingga boleh diwariskan kepada generasi yang berikutnya.
Beliau sentiasa mengingatkan Orang Cina dan semua orang yang mahu terjun ke
dunia perniagaan agar tidak membuat helah. Kerana tiada jalan pintas untuk berjaya
selain dengan usaha diri sendiri. Minat yang mendalam akan menjadi pendorong
dan pembakar semangat dalam pekerjaan yang dilakukan. Minat merupakan ubat yang
paling berkesan untuk memajukan perniagaan. Peniaga harus sentiasa sedar diri
dan percaya pada kawan sekeliling dan juga percaya kepada Tuhan dan memohon
berkat daripadanya. Hendak memulakan perniagaan bukan suatu perkara yang mudah,
jika mempunyai musuh, kelak perniagaan itu tidak mampu bertahan ekoran ada
musuh yang menikam dari belakang. Pendek kata, berbuat baik pada semua orang
adalah kuncinya.
Berani Menanggung
Risko
Sebarang kemungkinan untuk jatuh mesti kita sedia terima dengan
tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus membina masa depan
yang cerah. Jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan.
Kemunculan pusat perlancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea seorang
lelaki Cina yang pernah dilabel sebagai gila suatu ketika dahulu. Ejekan yang
diterima dijadikan pembakar semangat untuk maju. Orang pernah mengatakan bahawa
idea itu tidak akan kemana dan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal
berikutan tiada siapa yang berminat dengan perniagaan seperti itu. Beliau telah
menyahut cabaran itu dengan bekerja 2 syif sepanjang minggu bagi menjimatkan
kos. Beliau dan kawan-kawannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua bedekatan.
Beliau merupakan orang pertama yang bekerja mengikut syif 24 jam sehari
sepanjang minggu untuk memastikan cita-cita itu tercapai. Beliau juga akan
menjadi orang yang pertama sampai ke tempat kerja dan menjadi orang yang
terakhir untuk pulang dari tempat kerja. Beliau sentiasa menjaga
pekerja-pekerjanya dan beranggapan bahawa semua pekerjanya adalah aset yang
paling berharga. Kini, First World Hotel merupakan antara hotel terbesar di
dunia.
Secara kesimpulannya, semua orang mempunyai hak untuk berjaya
dan mereka wajar diberi peluang untuk mencuba nasib. Kerana semua manusia itu
mempunyai cita-cita. Mereka boleh menjadikan mana-mana tokoh sebagai inspirasi
untuk berjaya. Usaha keras akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan. Sesungguhnya
setiap cita-cita dan impian menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan yang
paling tinggi. Sebelum itu, rasanya kita patut membaca biografi bertajuk
“Cerita Saya”. Buku ini mengandungi kisah disebalik kejayaan Tan Sri Lim Goh
Tong sebelum berjaya mendirikan sebuah empayar besar bertaraf dunia. Tahniah!