Monday, 29 December 2014

Pembentangan Business Idea

          Projek akhir yang telah berlangsung pada 28/12/2014 yang lalu melibatkan 10 buah kumpulan. Setiap kumpulan membentangkan satu produk yang belum ada di pasaran. Kumpulan kami telah memilih satu produk iaitu powerbank yang ade 3 fungsi tambahan selain daripada powerbank. 3 fungsi tambahan tersebut adalah external hard disc, MP3 dan GPS. Di bawah adalah sebahagian daripada maklumat yang perlu ada ketika pembentangan berlansung :
 
Business Idea & Executive Summary
 
Produk idea yang dihasilkan oleh kumpulan kami adalah sebuah produk yang memudahkan para pengguna yang memiliki smartphone. Produk ini adalah merupakan powerbank yang mempunyai pelbagai fungsi seperti mengecas telefon bimbit, external hard disc, MP3/MP4 dan GPS navigator. 
 
      Product / Service Description
 
      Produk ini mempunyai paparan untuk pengguna membuat pilihan ketika mendengar MP3/MP4 dan menggunakan GPS navigator.
 
      Market & Competition
 
      Produk ini disasarkan kepada golongan pertengahan yang memiliki telefon bimbit, tablet ataupon iPad – terutamanya golongan pengembara
 
      Pesaing produk ini adalah powerbank yang sedia ada di pasaran, namun produk yang bakal dihasilkan ini mampu menandingi atau menggantikan powerbank sedia ada kerana produk ini merupakan satu produk yang memenuhi keperluan pengguna – terutama pengembara yang memerlukan alat bantuan mengecas telefon bimbit, mencari tunjuk arah sambil mendengar hiburan. Selain itu, pengguna boleh menyimpan data di dalam produk ini yang disertakan kapasiti penyimpanan iaitu 500GB. 
 
       Commercial Viability
 
       Kami yakin bahawa produk ini mampu dipasarkan bukan sahaja di dalam negara, bahkan boleh dieksport ke luar negara.
  
 
           Dengan berakhirnya pembentangan terakhir itu, maka berakhirlah kelas keusahawanan untuk semester ini.