Inovasi ialah
kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih
baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil
cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Di bawah adalah 10
contoh produk inovasi yang telah dihasilkan dengan kreatif.
1. Car Infrared Camera: Ciptaan ini dihasilkan oleh
pelajar-pelajar sekolah menengah. Harap maaf tiada makluman daripada sekolah
menengah, daerah atau negeri mana? Alat ini diilhamkan melalui pemerhatian dan
keperihatinan terhadap kes kemalangan yang berlaku akibat pemandu yang kurang
cekap semasa pemanduan dalam keadaan kabus, hujan atau di waktu malam.
Car
Infrared Camera
Oleh
itu, dengan memasang kamera infrared pada kenderaan, keselesaan pemandu di
waktu malam atau kabus tebal dapat diatasi. Dengan alat ini, kecekapan memandu
dalam keadaan berkabus dan hujan di waktu malam dipertingkatkan. Dengan ini,
risiko kemalangan dapat dikurangkan kerana tahap penglihatan pemandu menjadi lebih
jelas berbanding penggunaan sport light dan mengurangkan gangguan dan
menjadikan pemanduan lebih selamat.
2. Bijak Sifir: Ciptaan En. Abd. Rahim Bin Adb.
Samad. Kaedah teknik menguasai asas sifir didalam program Bijak Sifir Alif
telah sedikit sebanyak membantu pelajar muda supaya berminat dalam
matapelajaran matematik dan sains.
Bijak
Sifir
Bijak
Sifir Alif disusun dengan modul yang mudah merangkumi teknik menguasai sifir
melalui pola dan nyanyian serta penyelesaian operasi mendarab dan bahagi teknik
“bina dan capai”.
3. Bio Smock Filter: Bio Smock Filter adalah alat
yang digunakan untuk menapis asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang industri
atau aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan asap. Sistem penapisan alat ini adalah
menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap asap dan wap air. Wap asap
yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa
sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau
asap.
Bio
Smock Filter
Alat
ini yang dihasilkan juga oleh kumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah mampu
mengatasi masalah pencemaran asap hasil yang terhasil daripada
aktiviti-aktiviti perindustrian serta pusat pelupusan sampah yang mengamalkan
pembakaran terbuka. Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis gas-gas merbahaya
malah ia dapat menapis partikel-partikel halus yang terdiri daripada
habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran. Oleh itu, produk ini berpotensi
untuk dipasarkan ke sektor perindustrian, agensi pelupusan sampah atau
mana-mana tempat yang mengeluarkan asap yang banyak.
4.
Biological Mosquito Control (BiMoC):
Biological Mosquito Control (BiMoC) di hasilkan oleh kumpulan pelajar SK
Putrajaya Presint II (I), Melaka ini berfungsi untuk mengawal dan menghapuskan
pembiakan nyamuk dari peringkat telur dan jentik-jentik terutamanya nyamuk
aedes di dalam rumah dan persekitaran komuniti dan agensi-agensi kerajaan atau
swasta.
Biological
Mosquito Control (BiMoC)
5. Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol
daripada Ubikayu): Dihasilkan oleh pereka muda Ku Syahidah Ku Ismail. Kanji
yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan
menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses
penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil
daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol
yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk
menjadikan ia sesuai.
Penghasilan
Biotanol daripada Ubikayu
Sebagai
kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang
boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara
Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian ataupun penambahan
kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan
pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.
Walaupun
Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar
alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang
dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum
dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya
telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta
mereka.
6. Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substation
Distribution System: Pereka muda yang berumur 30 tahun bernama Mohd
Rhedwansyah Bin Salinri menghasilkan Automatic Circuit Breaker (ACB) yang
berpotensi memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius
penyalur dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk
mengesan arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik
akan memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan
fius akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul,
arus elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan
arus elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB.
Automatic
Circuit Breaker (ACB)
Penggunaan
ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas
dan memastikan barangan elektrik kita tidak rosak akibat daripada
penyaluran voltan yang terlampau tinggi.
7. Automatic Retractable Cloth Drying Stand (Arcs):
Dihasilkan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph,
Kuching, Sarawak. Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang
telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan
melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan
ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara
automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller
curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup
bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan.
Automatic
Retractable Cloth Drying Stand (Arcs)
8. Asemo Green Wash: Produk “Mobile Waterless Car
Wash” adalah mesin pencucian kenderaan berkonsep bergerak. Peralatan
yang digunakan adalah 100% mesra alam dan dapat menjimatkan penggunaan air pada
tahap maksimum. Produk yang diberi jenama “Asemo Green Wash” akan
dikomersilkan dengan konsep franchise dan akan dipasarkan melalui Syarikat
Asemo G-Wash Enterprise.
Asemo
Green Wash: Produk “Mobile Waterless Car Wash”
Produk
ciptaan Pn. Rahayu Tasnim ini mampu menyediakan perkhidmatan yang maksimum
kepada pelanggan, memberikan kepuasan kepada pelanggan dengan produk mesra
alam, sangat selamat dan berkesan. Perkhidmatan yang dapat diberikan adalah
mencuci bahagian luaran kenderaan dan mengilat bahagian luar dan dalam
kenderaan.Kereta akan di sembur dengan menggunakan “N.E.K.A- Waterless
Car Wash”. Penggunaan water jet yang diubahsuai dengan hanya
menggunakan 3 liter air sahaja bagi sebuah kereta. Kereta akan terus di lap
dengan menggunakan kain dari jenis “Microfiber” pada badan
kereta, rim dan tayar kereta. Kereta akan dipolish dengan dengan menggunakan “N.E.K.A-liquid
Car Polish” pada akhir pencucian .
9. Adjustable Wheel Chair: Rekaan Mohd Khairuddin Bin
Haji Ali Musa dan rakan-rakan. Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan
pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri
seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu
bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi
roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg.
Adjustable
Wheel Chair
Kerusi
roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar
dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.
Kebaikan
inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti
harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk
pesakit yang kurang upaya dan warga tua.
10.
Automatic Chicken Coop: Dicipta
oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan
sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan
gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan
mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam
sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan
secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.
Automatic
Chicken Coop
Sasaran
utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan
belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban
ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan
untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).
Dengan peghasilan produk-produk inovasi ini boleh membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oeh pengguna.
sumber: http://hairilhazlan.com/2012/02/02/10-idea-inovasi-anak-muda-malaysia/